Monday 2 March 2015

Hubungi Kami : Konsultasi berkaitan bidang Teknologi Makanan

Assalamualaikum

Objektif laman blog ini diwujudkan khas bagi :


1. Membantu adik-adik lepasan Matrikulasi / lepasan SPM untuk mendapatkan gambaran awal bagi memohon untuk mengikuti kursus Diploma mahupun Ijazah Sarjana Muda Tekonologi Makanan di Universiti.

2. Membantu adik-adik fresh grad untuk mendapatkan gambaran awal pekerjaan yg berkaitan dengan bidang Teknologi Makanan, khususnya dalam skop Jaminan Kualiti (Quality Assurance)

3. Membantu para pekerja dalam bidang Teknologi Makanan, khususnya dari bidang skop selain skop Jaminan Kualiti (Quality Assurance) yg mahu bertukar atau memasuki skop Jaminan Kualiti (Quality Assurance)



Siapa saya?

Nama saya Hazmona Zainuddin, bergraduat dari Universiti Putra Malaysia dengan Ijazah bacelor Sains dan Teknologi Makanan (Kepujian Kelas Kedua). Mempunyai 10 tahun pengalaman hands-on dalam bidang Teknologi Makanan skop Jaminan Kualiti (Quality Assurance).

Pernah bekerja di dalam industri Penyediaan Makanan untuk Pesakit Hospital (skop Keselamatan dan Kebersihan Makanan termasuk bertindak sebagai Penyelaras & Auditor HACCP).

Pernah bekerja di dalam industri Pengilangan Produk Minuman untuk Kesihatan (skop Keselamatan, dan Kebersihan termasuk bertindak sebagai Auditor JAKIM, HACCP, ISO 9001, 5S dan OHSAS)

Pernah bekerja di dalam industri Pengilangan Produk Roti dan Bakeri ( (skop Keselamatan, dan Kebersihan termasuk bertindak sebagai Auditor JAKIM, FSMS dan ISO 9001, & bertindak sebagai Auditee AIB dan YUM! )

Hubungi 013 320 97 15 untuk maklumat lanjut konsultasi saya.